12 maut dalam kebakaran apartmen lima tingkat di New York

12 maut dalam kebakaran apartmen lima tingkat di New York

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah bangunan apartmen di bandar Bronx di sini pada Khamis.

Datuk Bandar Bronx, Bill de Blasio, berkata berdasarkan kemusnahan akibat kebakaran, jumlah kematian mungkin meningkat.

Laporan media tempatan menyebut api mula marak sekitar jam 7 malam waktu tempatan di tingkat tiga bangunan lima tingkat terbabit.

Terdahulu, Jabatan Bomba New York berkata menerusi akaun Twitter, 15 orang disahkan mengalami kecederaan serius dan terdapat 190 anggota bomba di tempat kejadian.

Pegawai polis bandar Tiffany Phillips pula berkata kebakaran bermula dengan kejadian letupan sebelum api merebak ke bahagian lain di tingkat sama.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

CATEGORIES
TAGS
Share This