300 pemain hadir sesi pemilihan skuad Perlis

300 pemain hadir sesi pemilihan skuad Perlis

LEBIH 300 pemain hadir pada sesi pemilihan skuad Perlis bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Arau di sini semalam.

Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Zailuddin Ariffin berkata, respons positif itu menunjukkan bahawa seluruh rakyat Perlis sangat komited dan teruja untuk mewakili pasukan negeri berkenaan.

Katanya, lebih menarik terdapat juga dalam kalangan pemain dari luar Perlis menghadiri sesi pemilihan tersebut antaranya Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Saya juga berkesempatan untuk melihat ada kalangan pemain Sime Darby FC yang turun untuk sertai sesi pemilihan di sini,” katanya di sini, semalam.

Zailuddin yang juga Rektor UiTM Perlis berkata, terdapat juga pemain dalam kalangan pelajar universiti berkenaan menyertai sesi pemilihan itu.

Untuk rekod sesi pemilihan terbuka pemain skuad Perlis akan berlangsung bermula semalam sehingga 6 Disember depan. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This