Anwar tidak lagi bermata lebam masuk hospital…

Anwar tidak lagi bermata lebam masuk hospital…

SHAH ALAM – Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor meminta anak sulung Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar agar ‘membuka mata’ mengenai corak pemerintahan kerajaan sekarang.

Rizal berkata, jika dibuat perbandingan terdapat banyak perbezaan corak pemerintahan sekarang dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemerintahan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ketika zaman Mahathir, ayahnya dilayan seeloknya, sebaliknya Najib memperlihatkan sisi berbeza berbanding gaya pentadbiran bekas perdana menteri itu.

“Kalau masa lawan Mahathir, tidak pernah beliau dilihat menziarahi Anwar ketika bekas timbalannya itu masuk hospital. Yang kita nampak mata lebam Anwar ketika era lawan Mahathir.

“Hari ini, Anwar tidak lagi bermata lebam dan ketika masuk hospital untuk rawatan, beliau terima lawatan Najib. Malah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga ada menjenguk Anwar di hospital,” kongsinya di Facebooknya.

Justeru, katanya, Nurul Izzah wajarlah untuk buka mata, fikir-fikirkanlah betapa berbezanya keadaan bapanya dalam era tentangan terhadap Mahathir dan Najib.

“Sedarlah Nurul Izzah, siapa lawan sebenar bapa anda walaupun kini Nurul Izzah boleh terima orang yang pernah menjatuhkan bapanya untuk bekerjasama demi kuasa dan survival politiknya,” katanya.

Najib dan Rosmah Mansor menziarahi Anwar di HKL.

CATEGORIES
TAGS
Share This