Baju besar, bukan hamil

Pelakon, Datin Eina Azman.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Eina Azman terkejut apabila bertalu-talu menerima panggilan dan mesej bertanya mengenai kesahihannya berbadan dua.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 22, spekulasi itu timbul apabila gambarnya berbaju besar yang seolah-olah menampakkan dirinya berbadan dua ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah, tersebar, baru-baru ini.

“Secara tiba-tiba, saya dihujani persoalan sama ada sedang berbadan dua atau tidak. Spekulasi itu timbul apabila saya mengenakan baju longgar ketika bercuti di Langkawi, baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya agak tertekan apabila berterusan ditanya perkara yang sama kerana ia tidak benar.
“Mungkin juga kerana gambar itu diambil dari sudut berbeza hingga menimbulkan salah faham ramai.

“Buat masa ini, saya dan suami belum dikurniakan rezeki untuk menambah cahaya mata lagi.
“Mungkin Tuhan mahu kami memberikan tumpuan kepada Karl Kareef dan Arianna Aubrey untuk membesar dahulu,” katanya.

Spekulasi Eina hamil timbul apabila sebuah portal hiburan memuat naik gambar dia berbaju longgar yang menampakkan dirinya seperti berbadan dua, baru-baru ini.

Eina pada mulanya memilih untuk tidak memberikan sebarang reaksi, tetapi akhirnya tampil membuat penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, 37, pada 31 Ogos 2014.

CATEGORIES
TAGS
Share This