Bursa Malaysia Rendah Pada Pagi

Bursa Malaysia Rendah Pada Pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan prestasi semalaman yang lemah di Wall Street.

Pada jam 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,753.24, susut 5.76 mata daripada penutup semalam, 1,759.00.

Indeks utama itu dibuka 1.94 mata lebih rendah pada 1,738.08.

Aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham Genting dan perbankan menjadikan indeks komposit susut sebanyak 2.82 mata manakala Petronas Chemicals mengekalkan sokongan kepada indeks utama itu.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untuk sebanyak 150 kepada 137 dengan 236 kaunter tidak berubah, 1,335 kaunter tidak didagangkan dan 48 yang lain digantung urus niaga.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This