Cuckoo perkenal Cuckoo Q10

Cuckoo perkenal Cuckoo Q10

CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd jenama barangan rumah terkemuka dari Korea Selatan mencatatkan peningkatan jualan di Malaysia sebanyak 600 peratus dalam tempoh setahun menjelang Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoe Kian Choon, berkata, prestasi jualan itu juga secara tidak langsung menambah kira-kira 200,000 pelanggan Cuckoo, sekali gus membuka 175 kedai jenama dan 10 kios jenama di seluruh negara.

“Di Korea Selatan, satu unit periuk serba guna Cuckoo terjual setiap 10 saat, manakala satu unit penapis air Cuckoo terjual setiap minit.

“Dewasa ini, Cuckoo memegang 74 peratus dari pasaran periuk nasi domestik Korea Selatan, selain berjaya menonjolkan kehadirannya di 31 negara merentasi lima benua,” katanya.

Menurutnya, pada 2016, Cuckoo berjaya mencapai hasil jualan sedunia yang menakjubkan iaitu sebanyak AS$64 juta.

Baru-baru ini, Cuckoo Malaysia memperkenalkan produk baharunya, periuk bertekanan serba guna Cuckoo Q10 yang bakal mencetuskan revolusi dalam dunia masakan.

Periuk Bertekanan Serbaguna Cuckoo Q10 ini mempunyai sembilan mod fungsi, 15 ciri keselamatan seperti pemegang tahan panas serta tidak melekat buat pot dalamannya, mekanisme kunci keselamatan, selain tiga bahasa bagi kawalan suara iaitu Bahasa Inggeris, Melayu serta Mandarin.

Sempena pengenalan Cuckoo Q10, anda boleh mendapatkan Periuk Bertekanan Serba guna Cuckoo Q10 pada harga RM2,000 sambil menikmati jaminan selama 1 + 2 tahun berlangsung sepanjang November 2017.

Dengan pembelian Cuckoo Q10, anda juga bakal mendapat Periuk Nasi Cuckoo CR-1055 bernilai RM389 berserta jaminan 1 tahun, secara percuma.

CATEGORIES
TAGS
Share This