Duopoli Facebook-Google: Gergasi besar dunia pengiklanan digital

Duopoli Facebook-Google: Gergasi besar dunia pengiklanan digital

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Mindshare Cindy Chia dan Ketua Pegawai Eksekutif Carat Malaysia, Lorraine Capel senada berhubung peranan Facebook dan Google dalam penjanaan wang digital sebagai gergasi besar dunia pengiklanan digital.

“They have probably had the biggest pie of our digital share of money. Granted, they are very innovative and have done an incredible job in marketing their products,” (Mungkin mereka sudah mendapat perkongsian terbesar dalam penjanaan wang digital kami.

Mereka inovatif dan sudah melakukan yang terbaik untuk memasarkan produk-produk mereka),” kata Chia kepada AWANI REVIEW, baru-baru ini.

Pendapat mereka dibentangkan di Sidang Kemuncak Communication ASEAN (COMMA 2017). COMMA2017 ialah simposium dua hari anjuran stesen televisyen Astro AWANI November lalu.

Chia dan Capel turut menghuraikan perbelanjaan pengiklanan dalam era transformasi digital di Malaysia.

Itu antara intipati artikel versi Bahasa Inggeris yang diterbitkan di AWANI REVIEW bertajuk “Where is the Digital Money? Carat Malaysia and Mindshare Chiefs Weigh In”.

CATEGORIES
TAGS
Share This