Isu perpindahan Coutinho tidak jejas tumpuan The Reds

Isu perpindahan Coutinho tidak jejas tumpuan The Reds

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan pemainnya tidak akan terganggu oleh khabar angin mengenai hala tuju Philippe Coutinho.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya mengekalkan bintang Brazil itu daripada jangkauan Barcelona pada musim luruh lalu, namun gergasi LaLiga berkenaan dijangka kembali memburu Coutinho, bulan ini.

Menjelang pertembungan ‘derby’ Piala FA menentang Everton, awal pagi nanti, Klopp menegaskan isu perpindahan itu tidak akan memberi impak kepada pemain lain.

“Mereka adalah pemain bola sepak profesional, kadang-kadang mereka menjadi topik dan kadangkala di dalam bilik persalinan, mereka duduk di sebelah pemain yang menjadi tumpuan perpindahan,” kata pengurus Jerman itu kepada akhbar UK.

“Pemain sudah didedahkan dari awal lagi dengan perkara seumpama ini agar mereka mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Jika mereka cukup bijak, mereka tidak mengendahkannya.

“Semua cerita yang berlegar di sekeliling mereka tiada masalah, cerita ini bukan perkara baru, ia berlaku sejak musim panas lalu dan adakah anda mendapat gambaran bahawa pasukan ini terganggu kerana khabar angin perpindahan? Tidak.

“Kami memberi tumpuan kepada misi kami. Semua yang lain perlu diabaikan, jelas sekali wujud banyak keseronokan di sekeliling kami.”

Kecederaan paha akan menyaksikan Coutinho terlepas pertembungan Piala FA di Anfield selepas dia memainkan peranan penting apbila menyumbangkan 12 gol dan lapan bantuan gol dalam 20 perlawanan musim ini.

Klopp tidak berminat membincangkan minat daripada Barcelona ??yang dilaporkan bersedia menawarkan £140 juta demi memiliki Coutinho.

“Saya tidak berminat dengan Barcelona, ??apa yang boleh saya katakan mengenai apa yang mereka lakukan?” katanya lagi.

“Ia selalunya sama, tahun ini Phil, setahun lagi pemain lain pula, tiada apa-apa untuk diperkatakan.

“Apa yang patut saya buat? Saya tidak dapat bercakap tentang perlawanan.”

CATEGORIES
TAGS
Share This