Janda lepas pantang pura-pura cari rumah sewa, tawar khidmat urut, rupa-rupanya …

Janda lepas pantang pura-pura cari rumah sewa, tawar khidmat urut, rupa-rupanya …

KEPALA BATAS: Taktik seorang wanita warganegara Indonesia yang berpura-pura mahu mencari rumah sewa dan menawarkan khidmat urut sebelum mencuri akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 43 tahun yang juga seorang janda itu ditahan dalam satu serbuan di rumahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu.

“Siasatan polis mendapati wanita itu menjadikan suri rumah sebagai sasaran dan suspek pergi kerumah-rumah mangsa yang kebanyakannya tinggal sendirian antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari.

“Wanita yang tiada dokumen perjalanan diri itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak awal Januari lalu dan dipercayai mencuri lebih 30 buah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah (SPT),” katanya.

Tambahnya, suspek bergerak bersendirian dan menggunakan motosikal yang dipinjam untuk menjalankan kegiatan jenayahnya.

Susulan penahanan wanita berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai barangan hasil curi antaranyanbarang kemas yang belum dijual, telefon bimbit, surat pajak, beg tangan dan pakaian didalam rumah suspek .

Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

CATEGORIES
TAGS
Share This