Kecelaruan pembangkang buat BN makin kuat – Syed Ali

Kecelaruan pembangkang buat BN makin kuat – Syed Ali

KUALA LUMPUR: Krisis keyakinan dan kecelaruan pakatan parti-parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) menyebabkan Barisan Nasional (BN) menjadi lebih kuat pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, keyakinan itu lahir selepas pembangkang kini dilanda kecelaruan, perpecahan, meragui sesama sendiri dan rakyat turut menjadi keliru dengan masa depan pembangkang di negara ini.

“Walaupun Pakatan Harapan dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi sesama ‘kepala’ mereka jelas tidak sehaluan dan dilihat lebih banyak membuat keputusan untuk kepentingan kelompok tertentu.

“Bagaimanapun, apa juga keputusan dan hala tuju pakatan pembangkang hanya ditentukan oleh parti rasis, DAP yang secara total menguasai gabungan tersebut.

“Inilah bezanya dengan UMNO dan BN, matlamat perjuangan kita jelas, dan kita sentiasa bermuafakat sesama ahli komponen dengan tidak membelakangkan kepimpinan Najib selaku Pengerusi BN,” tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.com miliknya.

CATEGORIES
TAGS
Share This