Kekuatan Irma diturunkan

Puluhan pokok tumbang akibat angin kencang selepas Taufan Irma membadai Pantai Miami, Florida. – Foto AFP

TALLAHASSEE – FLORIDA. Kekuatan Taufan Irma dikurangkan kepada Kategori 1 selepas ia membadai Teluk Tampa, Florida dengan kelajuan angin 136 kilometer sejam (km/j), semalam.

Sehingga jam 2 petang (waktu tempatan), taufan berpusat kira-kira 40 km di timur laut Tampa dan bergerak ke utara barat laut pada 15 km/j.

Sebelum tiba di Florida. Irma terlebih dahulu membadai Fort Myers dan Naples di mana Pusat Taufan Kebangsaan memaklumkan, paras air di Naples naik lebih dua meter dalam masa 90 minit.

Kelmarin, Irma berada pada Kategori 4 dan beransur lemah ke Kategori Dua ketika ia bergerak ke Teluk Pantai Florida.

Jumlah korban turut dilapor meningkat kepada lima orang awal pagi semalam, dengan laporan seorang dijumpai mati di rumahnya di Florida Keys.

Meskipun lemah, pusat taufan beri amaran ia masih mengancam nyawa akibat ribut berbahaya, angin kencang dan hujan lebat.

Difahamkan, enam juta orang diarah selamatkan diri daripada Irma sebelum ia mula-mula badai Florida Keys.

CATEGORIES
TAGS
Share This