Kes tikam, gilis: Dua individu didakwa membunuh

Kes tikam, gilis: Dua individu didakwa membunuh

JOHOR BAHRU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majisteret Johor Bahru atas dakwaan membunuh dan bersubahat membunuh seorang lelaki dalam kejadian di stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pendakwaan dibacakan terhadap kedua-dua tertuduh di hadapan Majisteret, Siti Hajar Ali.

Tertuduh pertama Gan Jia Ji, 20 tahun didakwa bersama lima suspek yang masih bebas membunuh dan menyebabkan kematian terhadap Tan Aik Chai, 44 tahun di stesen minyak Taman Pelangi kira-kira 7.30 malam.

Manakala tertuduh kedua, Yip Kah Hou, 24 tahun bersama tiga suspek yang masih bebas didakwa bersubahat dengan tertuduh pertama dan lima yang masih bebas membunuh serta menyebabkan kematian mangsa di tempat dan masa yang sama.

Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.

Manakala tertuduh kedua diwakili Peguam, Chuah Shyue Chien.

Mahkamah menetapkan 13 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menyerahkan laporan bedah siasat.

CATEGORIES
TAGS
Share This