Lelaki maut, Myvi terperosok bawah lori lima tan

Lelaki maut, Myvi terperosok bawah lori lima tan

IPOH: Seorang lelaki maut apabila kenderaan Perodua Myvi yang dipandunya terperosok di bawah lori lima tan dalam kemalangan di Kilometer 225 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang arah Utara pada pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Pegawai Bomba Kanan II Izuan Che Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden membabitkan Perodua MyVi dan lori lima tan itu sekitar 7 pagi dan segera ke lokasi.

Jelasnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pasukan penyelamat mendapati kereta Myvi itu telah merempuh bahagian belakang lori yang dipercayai berhenti di tepi lebuhraya.

“Pasukan bomba mendapati seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Izuan berkata anggota Bomba Taiping dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar telah berjaya mengeluarkan mangsa serta menyerahkan kes kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya sekitar 8.10 pagi,” katanya lagi.

CATEGORIES
TAGS
Share This