Mahu elak sidang media PM Thai letak replika diri sendiri

Mahu elak sidang media PM Thai letak replika diri sendiri

BANGKOK – THAILAND. Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha telah meletakkan replika dirinya semata-mata mahu mengelak soalan ketika sidang media di luar Rumah Kerajaan di ibu negara, kelmarin.

“Jika mahu tanya sebarang soalan, tanya ‘lelaki’ ini,” katanya sebelum berjalan sambil melambai kepada petugas media.

Kebanyakan wartawan berharap dapat bertanya soalan tentang pelbagai isu termasuk pilihan raya, keganasan di wilayah selatan dan undang-undang lese majeste kelihatan.

Terdahulu, pemimpin tersebut bertemu dengan beberapa keluarga dan wartawan menjelang sambutan Hari Kanak-kanak pada Sabtu ini.

Sebelum ini, kerajaan berjanji untuk mengadakan Pilihan Raya Umum, namun ia ditangguhkan beberapa kali.

April lalu, Thailand turut mengadakan referendum mengenai Perlembagaan baharu dan perubahan dalam sistem pilihan raya yang dilihat bakal mencetuskan perpecahan dalam Parlimen. – BBC

CATEGORIES
TAGS
Share This