Mattel lancar patung Barbie berhijab pertama

Mattel lancar patung Barbie berhijab pertama

SYARIKAT permainan terkemuka Mattel melancarkan Barbie berhijab buat julung kali bagi memberi penghormatan kepada atlet lawan pedang Ibtihaj Muhammad yang tampil dengan imej berhijab ketika temasya Olimpik di Brazil.

Anak patung itu merupakan sebahagian daripada koleksi “Sheroes” yang lengkap berpakaian sukan serta hijab.

Menurut laporan Straits Times, ia akan mula dijual dalam talian pada 2018

“Kami sangat teruja untuk memberi penghormatan ini kepada @IbtihajMuhammad dengan #Barbie yang istimewa! Ibtihaj merupakan sumber inspirasi kepada wanita dan kanak-kanak perempuan yang ingin cuba sesuatu yang berlainan,” kata Mattel menerusi laman media sosial Twitter mereka.

Dalam pada itu, Ibtihaj, 31 tahun, berkata anak patung berhijab itu menzahirkan impian zaman kanak-kanaknya.

“Terima kasih @Mattel atas pengumuman saya sebagai ahli keluarga @Barbie #Shero yang terbaharu! Saya merasa bangga kerana kanak-kanak serata dunia kini boleh bermain Barbie berhijab!,” katanya menerusi akaun Twitternya.

Pada 2016, Mattel melancarkan Barbie berimejkan ahli gimnas, Gabby Douglas yang muncul juara pada Sukan London 2012.

CATEGORIES
TAGS
Share This