Obses dengan Star Wars, rumah jadi pusat pertunjukan lampu warna-warni

Obses dengan Star Wars, rumah jadi pusat pertunjukan lampu warna-warni

SAN ANTONIO: Demam Star Wars: The Last Jedi sememangnya sedang hangat di seluruh dunia.

Di San Antonio, Amerika Syarikat, seorang lelaki menghiasi rumah rakannya dengan kerlipan lampu bertemakan filem itu bagi meraikan perayaan hari Natal yang bakal disambut 25 Dis ini.

Matt Johnson dan keluarganya memang terkenal sering melakukan hiasan yang luar biasa ini.

Pada tahun 2015, Johnson terpaksa menutup kawasan rumahnya kerana persembahan lampunya itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Oleh itu, tahun ini, Johnson memilih menampilkan 15,000 set lampu di rumah rakannya yang terletak di lokasi yang kurang sesak, bagi membolehkan orang ramai menyaksikan persembahan ini.

Persembahan warna-warni bertemakan Star Wars: The Last Jedi itu boleh ditonton orang ramai di sana bermula jam enam petang sehingga 10 malam (waktu tempatan).

CATEGORIES
TAGS
Share This