Penutupan lapangan terbang Bali dilanjut

Penutupan lapangan terbang Bali dilanjut

BALI-INDONESIA. Penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar yang ditutup susulan letusan Gunung Agung dilanjutkan untuk tempoh 24 jam lagi.

Memetik laporan media antarabangsa, jurucakap pihak pengurusan lapangan terbabit menyebut penutupan lapangan terbang berkenaan berlanjutan sehingga awal pagi esok.

“Hasil pemantauan terhadap letusan Gunung Agung, lapangan terbang ini akan terus ditutup sehingga jam 7 pagi esok.

“Dengan kelajuan sebaran abu daripada gunung berapi iaitu 5-10 knot, ia masih menghala ke arah lapangan terbang ini,” katanya.

Gunung Agung dilaporkan meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu, pada petang Sabtu.

Portal media Indonesia melaporkan, letusan itu mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter.

Difahamkan, lapangan terbang tersebut yang ditutup sejak semalam untuk tempoh 24 jam bermula jam 7 pagi sepatutnya dibuka semula 7 pagi ini.

CATEGORIES
TAGS
Share This