Persempadanan semula dahulu dibuat untuk keadilan semua kaum – Abdul Rashid

Persempadanan semula dahulu dibuat untuk keadilan semua kaum – Abdul Rashid

SHAH ALAM: Persempadanan semula bagi pilihan raya yang dibuat pada tahun 2003 dilaksanakan mengikut prinsip keadilan bagi semua kaum.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata lebih banyak kerusi campuran diwujudkan ketika itu untuk memastikan wakil rakyat yang dipilih memberi perhatian yang sama kepada semua komuniti.

“Ini prinsip yang saya pegang ketika itu.

“Tidak pernah persempadanan dibuat untuk memberi kelebihan kepada parti pemerintah,” jelas Abdul Rashid yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara tahun 2000 hingga 2008.

Tambah beliau, SPR ketika dibawah kendaliannya pernah menerima aduan daripada pengundi tentang wakil rakyat tidak mengambil tahu hal mereka.

“Atas sebab itulah banyak kerusi campuran diwujudkan. Kita nak pastikan wakil rakyat beri perhatian kepada semua komuniti tanpa mengira kaum,” jelas beliau

CATEGORIES
TAGS
Share This