Perubahan iklim punca bencana alam

Perubahan iklim punca bencana alam

TAHUN 2017 yang melabuhkan tirai dua hari lalu menyaksikan banyak berlakunya bencana alam di seluruh dunia dan menyebabkan kerugian berbilion dolar serta meragut ribuan nyawa.

Taufan kuat, gelombang haba dan kebakaran besar hutan membinasakan bumi pada tahun lalu, dipercayai akibat fenomena perubahan iklim.

Menurut saintis, dunia kini berada di landasan untuk tahun ketiga paling hangat dalam sejarah moden.

Pakar turut memberi pemanasan global dapat mencetuskan peristiwa tertentu seperti banjir, kemarau dan taufan lebih kerap berlaku selain menjadi lebih buruk.

“Antara taufan kuat berlaku pada tahun lalu adalah hujan monsun teruk yang melanda Bangladesh, India dan Nepal yang membunuh lebih 1,200 orang serta menjejaskan lebih 40 juta lagi.

“Bencana itu turut memusnahkan kediaman, ternakan dan tanaman. Selain itu, Sepanyol dan Portugal turut bergelut dengan kemarau sehingga menyebabkan air sungai kering, memusnahkan tanaman dan mencetuskan kebakaran besar,” menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan.

Musim taufan luar biasa yang melanda Atlantik, Teluk Mexico dan Carribean dengan 17 ribut besar direkodkan paling banyak sejak 2005.

Berdasarkan Laporan Artik 2017, sistem alam sekitar Artik telah mencapai ‘normal baharu’ yang akan meningkatkan paras air laut, mengubah corak cuaca dan membebaskan cuaca melampau di seluruh dunia.

CATEGORIES
TAGS
Share This