Rafael Nadal juarai kejohanan tenis Terbuka AS

Rafael Nadal telah mengalahkan Kevin Anderson untuk memenangi Kejohanan Tennis Terbuka Amerika Syarikat pada Ahad, sekaligus memenangi grand slam kedua pada musim ini.

NEW YORK: Rafael Nadal telah mengalahkan Kevin Anderson 6-3, 6-3, 6-4 untuk memenangi kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat pada Ahad, sekaligus memenangi grand slam kedua pada musim ini, dan yang ke 16 dalam kerjayanya.

Ia merupakan aksi final Terbuka AS yang keempat untuk Nadal dan kali ketiga beliau memenanginya, serta kali pertama tanpa Novak Djokovic.

Ketika perlawanan, pemain nombor satu dunia itu memberikan tekanan yang hebat kepada Anderson, yang merupakan pemain dari Afrika Selatan.

Bagaimanapun, cita-cita Anderson untuk memenangi grand slam tidak tercapai disebabkan prestasi Nadal yang hampir sempurna dengan hanya 11 kesalahan.

CATEGORIES
TAGS
Share This