Rakyat Malaysia terkandas di Bali diminta bertenang

Rakyat Malaysia terkandas di Bali diminta bertenang

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali masih ditutup untuk tempoh 24 jam lagi sehingga 7.00 pagi (waktu tempatan) 30 November 2017 susulan letusan Gunung Agung.

Dalam satu kenyataan, Kedutaan Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia yang terkandas akibat penutupan lapangan terbang itu diminta untuk bertenang dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang terjejas juga boleh menghubungi pihak berkuasa Bali Tourism Board di talian + 62 812 461 19889 atau +62 877 554 689166 atau operator syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan
maklumat penerbangan selanjutnya termasuk maklumat pembukaan semula lapangan terbang Ngurah Rai.

Semalam, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat mengunjungi Bali untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini letusan Gunung Agung.

Wisma Putra memaklumkan sekiranya tiada keperluan, rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke kawasan terjejas.

Ia turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli insurans perjalanan dan membawa peralatan keselamatan seperti topeng muka bagi melindungi diri dari abu gunung berapi.

Mereka juga disaran untuk berdaftar dengan kedutaan melalui Twitter dan Facebook.

Menurut kenyataan itu lagi status pengawasan Gunung Agung kini naik dari tahap siaga ke tahap awas sementara ketinggian abu gunung berapi itu sudah mencapai hampir empat kilometer.

CATEGORIES
TAGS
Share This