Sanches boleh pergi lebih jauh

Giggs mahu penyokong Swansea City beri lebih masa kepada Sanches di Stadium Liberty.

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs percaya Renato Sanches yang dipinjamkan ke Swansea City dari Bayern Munich mampu menjadi pemain hebat di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sanches yang membuat penampilan pertama ketika menentang Newcastle United di Stadium Liberty semalam bagaimanapun dikritik peminat selepas gagal menampilkan persembahan terbaik.

“Banyak harapan diberikan penyokong Swansea ke atas Sanches sebab dia berstatus pemain hebat.

“Jadi perlawanan pertama bukanlah gambaran sebenar dan peluang perlu diberikan kepadanya. Dia seorang pemain yang agresif dan gemar menyerang. Jadi dia pasti akan berjaya di EPL,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This