Serangan sistematik

NEW YORK – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB mengecam Kerajaan Myanmar atas ‘serangan sistematik’ ke atas penduduk

Penduduk tempatan di Bangladesh membantu pelarian Rohingya yang tiba menaiki bot selepas merentasi sempadan.

Islam Rohingya selepas krisis melibatkan golongan itu semakin meruncing.

Zeid Ra’ad al Hussein ketika berucap di Majlis Hak Asasi Manusia PBB, semalam turut memberi amaran tentang ‘pembersihan etnik’ terhadap masyarakat minoriti tersebut.

Beliau turut menyelar Myanmar kerana tidak memberikan akses kepada penyiasat hak asasi untuk ke kawasan bergolak di Rakhine.

“Situasi pada masa ini masih belum dapat dinilai sepenuhnya, namun keadaannya kelihatan seperti tindakan pembersihan etnik.

“Saya menggesa Kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman operasi ofensif ini dengan akauntabiliti untuk semua perlanggaran yang telah berlaku dan membalikkan pola diskriminasi yang meluas terhadap penduduk Rohingya,” ujarnya.

Sementara itu, pemimpin spiritual Buddha, Dalai Lama turut menyatakan kebimbangan terhadap keganasan yang berterusan ke atas penduduk Islam.

Beliau menggesa Penasihat Negara, Aug San Suu Kyi yang kini berdepan tekanan banyak pihak supaya mencari penyelesaian damai terhadap krisis itu.

“Saya merayu kepada Suu Kyi dan barisan pemimpin Myanmar agar mendekati semua bahagian masyarakat untuk cuba memulihkan hubungan dengan penduduk dengan semangat keamanan dan perdamaian,” katanya menerusi surat dihantar kepada penerima Hadiah Nobel Keamanan tersebut.

Kelmarin, Menteri Luar Bangladesh menegaskan pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di Rakhine hingga menyebabkan kebanjiran kira-kira 300,000 pelarian Rohingya.

CATEGORIES
TAGS
Share This