Tragedi bas terjunam ke dalam gaung, 36 nyawa melayang

Tragedi bas terjunam ke dalam gaung, 36 nyawa melayang

PASAMAYO, Peru: Sekurang-kurangnya 36 terbunuh apabila sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di tebing pantai berbatu Curve Devil,Pasamayo, Peru pada Selasa.

Sewaktu nahas, bas tersebut dikatakan sedang membawa 57 penumpang dan sedang menuju ke ibu negara Peru, Lima.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian bas itu dikatakan telah berlanggar dengan sebuah traktor sebelum terjunam ke dalam cerun berkenaan.

Ia menyebabkan penumpang bas berkenaan tercampak keluar daripada bas tersebut.

Usaha menyelamat berdepan dengan kesukaran apabila tiada laluan untuk masuk ke pantai di mana bas tersebut tersadai.

Pihak berkuasa mendakwa kebanyakan penumpang adalah mereka yang menghabiskan cuti tahun baharu di kampung halaman dan dalam perjalanan ke Lima untuk kembali bekerja.

Laluan Curve Devil memang dikenali sebagai antara laluan yang paling bahaya di negara itu berikutan laluannya yang sempit dan sering diselubungi kabut selain cerunnya yang curam.

CATEGORIES
TAGS
Share This