Trailer ‘Avengers: Infinity War’ trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita

Trailer ‘Avengers: Infinity War’ trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita

TRAILER ‘Avengers: Infinity War’ menduduki carta Nombor 1 video trending di YouTube setelah ia dimuat naik pada malam Rabu.

Filem yang bakal ditayangkan pada 2018 itu merupakan sekuel kepada siri filem The Avengers dan Avengers: Age of Ultron.

Ia menyaksikan kemunculan watak dari Marvel Cinematic Universe seperti Iron Man, Captain America, Hulk, Thor, Loki, Spider-Man, Black Panther, Doctor Strange dan juga watak-watak dari Guardians of the Galaxy serta banyak lagi.

Dalam filem tersebut, mereka bergabung untuk menentang watak jahat bernama Thanos.

Trailer berkenaan kini mendapat hampir 30 juta jumlah tontonan di laman YouTube Marvel Entertainment.

Selain berkongsi keterujaan mereka untuk menonton filem ini, ramai peminat tegar Marvel kongsi ramalan mereka, seperti watak apa yang akan mati.

Avengers: Inifinity War bakal ditayangkan di Malaysia pada April 2018.

CATEGORIES
TAGS
Share This