Venezuela perkenal mata wang digital

Venezuela perkenal mata wang digital

CARACAS – Venezuela bakal memperkenalkan sistem mata wang digital ‘petro’ baharu dalam usahanya untuk memerangi sekatan kewangan Amerika Syarikat (AS).

“Venezuela akan mewujudkan cryptocurrency yang disokong oleh rizab minyak, gas, emas dan berlian. Ia akan membantu Caracas memajukan isu kedaulatan kewangan, melakukan transaksi kewangan dan mengatasi sekatan kewangan.

“Ia juga akan membolehkan kita bergerak ke arah pembiayaan baharu untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara,” kata Presiden Nicolas Maduro.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan penghasilan pemerhati blok rantaian, platform perisian untuk membeli dan menjual mata wang maya.

Pengumuman Maduro dibuat ketika Venezuela menghadapi masalah pembiayaan selepas pemiutang dan agensi penarafan mengisytiharkan kerajaan serta firma minyak negara yang dikendalikan PDVSA gagal melangsaikan hutang.

Maduro menyalahkan sekatan dikenakan Washington pada Ogos lalu yang menghalang rakyat AS dan syarikat daripada membeli sebarang bon baharu kerajaan Venezuela atau PDVSA.

Pemimpin pembangkang turut mengecam pengumuman tersebut dengan alasan ia perlu mendapatkan kelulusan Kongres selain mempersoalkan keberkesanan mata wang digital di tengah-tengah kekacauan yang melanda negara itu. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This