Vettel belum puas bersaing dalam F1

Vettel belum puas bersaing dalam F1

KUALA LUMPUR: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menegaskan masih belum bersedia untuk bersara daripada sukan Formula Satu (F1) di sebalik pelbagai spekulasi membabitkan masa depannya dalam sukan itu kebelakangan ini.

Vettel, 30, bagaimanapun meyakinkan peminat pasukan Ferrari bahawa dia masih belum puas berlumba dan ingin terus mencipta lebih kejayaan dalam F1.

“Tiada jawapan buat masa ini. Saya hanya akan bersara apabila mula berasa tidak seronok untuk berlumba lagi.

“Ini kerana ramai pemandu yang masih seronok dan mencari peluang beraksi dalam perlumbaan ini,” kata Vettel.

Musim 2017 menyaksikan Vettel terlepas peluang untuk merangkul gelaran dunia buat kali kelima.

Pelumba kelahiran Jerman itu menamatkan saingan F1 musim ini di kedudukan kedua di belakang pelumba Mercedes, Lewis Hamilton.

Vettel mula menyertai Ferrari sejak 2014 dengan menggantikan Fernando Alonso dengan mengikat kontrak selama tiga tahun.

CATEGORIES
TAGS
Share This