Wall Street dibuka rendah

Wall Street dibuka rendah

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) dibuka lebih rendah hari ini, ditarik turun laporan pendapatan syarikat gergasi dan kebimbangan berhubung kemampuan Presiden Donald Trump meneruskan dasarnya.

Pada 9.34 pagi waktu New York (1334 GMT), Dow Jones Industrial Average turun 61.69 mata, atau 0.29 peratus, pada 21,568.03.

S&P 500 susut 5.71 mata, atau 0.23 peratus, pada 2,453.43.

Nasdaq Composite turun 16.48 mata, atau 0.26 peratus, pada 6,297.95.

Lapan daripada 11 sektor utama S&P 500 lebih rendah, dengan kejatuhan indeks penjagaan kesihatan sebanyak 0.50 peratus menerajui penyusutan.

Sektor penjagaan kesihatan akan dipantau selepas rang undang-undang Republikan untuk menggantikan Obamacare tenggelam di Senat, dengan berita dua senator Republikan tidak akan menyokongnya. – Reuters

CATEGORIES
TAGS
Share This