10 juta penutup mulut dan hidung akan dibawa masuk dari China – Fadillah
PUTRAJAYA, 22 Mac — Sebanyak 10 juta penutup mulut dan hidung daripada China akan dibawa masuk secara berfasa, bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara, ketika negara berhadapan penularan wabak COVID-19.
Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China, dan urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diuruskan Kementerian Pengangkutan, dengan kerjasama syarikat penerbangan.
“Kita sedang ‘finalise’ di bawah Kementerian Pengangkutan… akan bermula secepat mungkin…urusan sudah dimuktamadkan, fasa pertama, berapa banyak dan sebagainya,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, di sini, hari ini.
— BERNAMA