10 maut, 30 cedera dalam kebakaran hotel kasino di Kemboja

10 maut, 30 cedera dalam kebakaran hotel kasino di Kemboja

PHNOM PENH,. Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hotel kasino di wilayah Banteay Meanchey, Kemboja menurut jurucakap polis pada Khamis.

“Angka berkenaan adalah berdasarkan maklumat awal kerana operasi menyelamat masih belum selesai,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Lt Jen Chhay Kim Khoeun kepada Xinhua.

Jumlah sebenar mangsa akan dikemas kini apabila operasi menyelamat tamat.

Kebakaran dilaporkan berlaku di hotel kasino Grand Diamond City pada tengah malam Rabu, menurut Jabatan Polis Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran.

Rakaman yang disiarkan di laman Facebook Jabatan Polis Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran menunjukkan beberapa orang bertindak terjun ke bawah untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, dan operasi menyelamat masih diteruskan setakat 7.00 pagi waktu tempatan pada Khamis.

Hotel kasino itu dilaporkan menggaji lebih 400 pekerja.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This