16 daripada 39 mayat yang dijumpai dalam kontena tiba di Vietnam

HANOI,. Enam Belas daripada 39 mayat warganegara Vietnam yang ditemui mati dalam kontena sebuah trak di Britain bulan lalu tiba di negara itu awal pagi Rabu.

Pesawat Vietnam Airlines yang membawa kumpulan pertama yang terdiri daripada 16 mayat itu selamat mendarat di Hanoi.

Kesemua mayat kemudian dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing menggunakan ambulans.

Media tempatan melaporkan, orang awam turut hadir menyaksikan detik duka itu.

Terdahulu, kesemua 39 mayat dijumpai dalam sebuah trak di bandar Grays, England.

Mangsa dilaporkan berusia antara 15 hingga 44 tahun.

Mangsa yang terdiri daripada 31 lelaki dan lapan wanita itu dipercayai mangsa pemerdagangan manusia yang sedang melalui transit di England.

Beberapa suspek sebelum ini sudah ditahan di United Kingdom dan Veitnam.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )