19,307 kes baharu, Sarawak kekal catat kes tertinggi semalam

19,307 kes baharu, Sarawak kekal catat kes tertinggi semalam

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 19,307 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,118 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,919,774.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,700 kes diikuti Sabah (2,298), Pulau Pinang (2,243), Johor (2,032), Kelantan (1,438), Kedah (1,355) dan Perak (1,341).

Sementara itu, negeri yang merekodkan kes di bawah 1,000 adalah Terengganu (910), Pahang (661), Kuala Lumpur (513), Melaka (340), Negeri Sembilan (207), Perlis (108), Putrajaya (28) dan Labuan (15).

Dalam hantaran sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat hari ini ialah 82 peratus atau 1,292 daripada 1,575 katil, manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus (13,778) daripada 17,984.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )