2,149 mangsa banjir di Pasir Mas masih di PPS

2,149 mangsa banjir di Pasir Mas masih di PPS

KOTA BHARU,. Jumlah mangsa banjir termenung yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas terus berkurangan kepada 2,149 orang daripada 665 keluarga setakat 9 pagi ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, jumlah itu menurun berbanding 2,316 orang daripada 729 keluarga seperti yang direkodkan malam tadi.

Kesemua mangsa berlindung di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To’Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dan SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This