22 pulau peranginan Semporna selamat dikunjungi

SEMPORNA,. Sebanyak 22 pulau peranginan di sekitar daerah ini dalam keadaan selamat untuk dikunjungi orang ramai dan pelancong luar.

Pegawai Memerintah KD Sri Semporna Kepten Ahmad Nazree Abu Hassan berkata, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi lain sentiasa mengawal perairan Semporna dan semua pulau-pulau yang dikunjungi pelancong.

“Saya beri jaminan perairan sekitar Semporna adalah amat memuaskan, aman dan terkawal dengan adanya semua agensi termasuk TLDM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Maritim Malaysia yang membuat kawalan di perairan.

“Kami sentiasa bersiap siaga dan berkawal tanpa henti dalam memastikan tiada pencerobohan daripada pihak luar melalui jalan tidak wartakan memasuki perairan Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam sambutan Hari Ulang Tahun KD Sri Semporna ke-15, di sini.

Mengulas lanjut, semua agensi yang berkawal di semua pulau-pulau membuat rondaan setiap masa dan gabungan kerjasama ini untuk memastikan Sabah tidak berlaku kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI).

Beliau berkata, semua pelancong tidak perlu risau, mereka boleh terus menikmati percutian dengan aman tanpa ragu-ragu kerana TLDM dan semua agensi sentiasa membuat kawalan di sekitar pulau-pulau peranginan di sekitar daerah ini.

“Kami yakin semua cubaan pembolosan akan dapat diatasi termasuklah sekiranya terdapat pihak yang cuba membuat perkara-perkara yang tidak baik di dalam perairan Semporna,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )