4 maut, 7 cedera dalam kebakaran di Karachi, Pakistan

ISLAMABAD, 12 Sept — Empat orang terbunuh dan tujuh yang lain cedera apabila sebuah bangunan kediaman tiga tingkat terbakar di bandar pelabuhan Karachi, selatan Pakistan pada Sabtu, kata pasukan penyelamat.

Kejadian berlaku di tingkat pertama bangunan di kawasan berpenduduk padat itu akibat litar pintas, kata pekerja penyelamat Salman Qureshi kepada agensi berita Xinhua.

Kebakaran dipercayai bermula pada sebelah pagi, kerja-kerja menyelamat mengalami kelewatan disebabkan kelengkapan dan jentera bomba tidak dapat tiba ke lokasi kejadian dengan cepat disebabkan kesesakan lalu lintas.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital berhampiran, seorang daripada mereka menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat tiga, kata anggota penyelamat.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )