6 Manifesto DUN Karamunting Fokus Tingkatkan Sektor Ekonomi
Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh mengumumkan 6 manifesto bagi kawasan yang ditandinginya.
Katanya, manifesto pertama ialah menubuhkan zon perdagangan bebas yang akan membawa limpahan ekonomi kepada kawasan di sekelilingnya.
Pihaknya juga ada meminta pandangan daripada pemain industri perdaganan zon bebas ini.
Manakala manisfesto kedua beliau ialah ingin mewujudkan pusat perniagaan atas talian (e-dagang) yang akan memudahkan penggunanya kelak.
Chew berkata demikian pada sidang media di Command Centre BN di Bandar Nam Tung dekat Batu Sapi Sandakan, pada Khamis.
Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jack Seng, Pengerusi Port Klang Free Zone Sdn Bhd, Lawrence Low, Penang Port Commission Chairman, Tan Teik Cheng dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka, Koh Chin Han.
Manifesto Chew seterusnya, beliau mahu membangunkan Kampung Pukat disini sebagai inap desa atas air dan menjadi tumpuan pelancongan sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
“Selain itu, jika diberikan mandat, saya juga berusaha menaiktaraf kawasan lapang Pasir Putih dalam kawasan dewan undangan negeri ini dengan unsur-unsur moden selain memperkuatkan interaksi dengan kawasan sekeliling dan membina sebuah pusat sukan yang moden,” tambahnya.
Sementara itu, berkenaan aspek kesihatan, Chew juga akan berusaha membina lebih banyak klinik memandangkan fasiliti perubatan kerajaan yang sedia ada sudah tidak mencukupi.
“Ada keperluan untuk membina lebih banyak klinik dan hospital untuk memastikan penduduk Karamunting diberi akses kepada fasiliti perubatan berkualiti tinggi,” katanya.
Seterusnya, Chew akan berusaha membentangkan kepada kerajaan berkenaan keperluan membina lebih banyak rumah kos rendah di Karamunting.
Dalam perkembangan perjalanan kempen beliau dikawasan itu, katanya, penduduk juga menerima kehadiran beliau dan sambutan juga agak baik.