7,976 murid dari enam daerah terjejas akibat banjir

KOTA KINABALU,. Sebanyak 7,976 murid dari 25 sekolah yang membabitkan tujuh daerah di Sabah terjejas akibat kejadian banjir kilat.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Dr. Mistirine Radin berkata, selain itu seramai 758 guru serta 172 pelajar sekolah menengah turut terjejas akibat kejadian berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini, 172 pelajar itu melibatkan mereka yang belajar di tingkatan lima dan enam Sekolah Menengah (SM) St. Michael Penampang.

Katanya, sekolah berkenaan juga sedang melakukan pembersihan dan hanya guru turun ke sekolah semalam.

Sementara itu, sebanyak 12 buah sekolah rendah di Beaufort masih dinaiki air. Antara sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau, SK Ladang Lumadan, SK Sinoko, SJKC Lian Hwa, SK Suasa, SK Luagan, SK Tamalang, SK Pekan Membakut dan banyak lagi.

Menurutnya, beberapa buah sekolah di daerah seperti Tenom, Pensiangan dan Kota Belud turut masih dinaiki air. Antara sekolah itu ialah SK Pangi Tenom, SK Pementarian Pensiangan serta di Kota Belud melibatkan SK Kesapang, SK Sembirai, SK Pituru dan SK Menunggui.

Katanya lagi, antara daerah yang terlibat dalam kejadian banjir kilat termasuklah Penampang, Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran dan Beaufort.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )