
A-League terasa kebal
SYDNEY,. Acara sukan di seluruh dunia termasuk bola sepak terhenti seketika akibat pandemik COVID-19, tetapi tidak di Australia, di mana penyokong masih hadir memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing dari luar stadium.
Liga domestik Australia, A-League mempunyai baki enam perlawanan dan Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) memutuskan untuk meneruskan saingan tanpa penonton, walaupun dua daripada 11 pasukan terpaksa menjalani kuarantin.
Ketua liga FFA Greg O’Rourke berkata mereka tetap mengikut arahan kerajaan dan nasihat pakar perubatan dalam memastikan kesihatan dan kebajikan mereka yang terbabit.
“Kami faham ini adalah waktu yang sukar buat semua orang.
“Kami sentiasa meletakkan kesihatan, kebajikan dan keselamatan pemain-pemain, jurulatih, pegawai perlawanan, sukarelawan, pentadbir dan peminat sebagai keutamaan dalam proses membuat keputusan,” kata O’Rourke.
Kerajaan Australia sudah menutup sempadan mereka kepada pendatang asing sejak Jumaat lalu selepas 1,000 kes dicatat di negara itu. – AFP