Abang Johari sertai rumah terbuka Tahun Baru Cina SUPP secara maya

Abang Johari sertai rumah terbuka Tahun Baru Cina SUPP secara maya

KUCHING,. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menyertai majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) secara maya hari ini.

Dalam ucapan ringkasnya yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi SUPP, Abang Johari menyeru masyarakat Tionghua agar bersama-sama menjaga perpaduan dalam usaha mengharungi pandemik COVID-19.

Beliau juga meminta supaya mereka terus bersama kerajaan negeri bagi merancang dasar yang baik untuk mempertingkatkan ekonomi Sarawak secara keseluruhannya.

Dalam acara yang berlangsung kira-kira 30 minit itu, Abang Johari beserta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut mengaul ‘Yee Sang’, juga secara maya sebagai simbolik sambutan Tahun Baru Cina.

Turut serta dalam sambutan Tahun Baru Cina secara maya itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap presiden SUPP Datuk Seri Sim Kui Hian.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )