Adakan Pilihanraya Umum selepas COVID-19 terkawal- Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 29 Okt — UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya umum bagi mewujudkan kerajaan yang stabil setelah pandemik COVID-19 dapat dikawal dan berada di tahap minimum.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat.

“Maka, semua anggota kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO di sini malam ini.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )