Agensi pelancongan China sambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan

Agensi pelancongan China sambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan

BEIJING,. Agensi pelancongan China bakal menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke 20 negara termasuk Rusia bermula 6 Februari, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China pada Jumaat.

“Mulai 6 Februari 2023, agensi pelancongan dan syarikat pelancongan dalam talian di seluruh negara akan menyambung semula lawatan kumpulan dan perkhidmatan ‘tiket penerbangan + hotel’ untuk warga China…,” menurut kenyataan itu, lapor Sputnik.

Antara negara yang tersenarai ialah Thailand, Indonesia, Kemboja, Maldives, Sri Lanka, Filipina, Malaysia, Singapura, Laos, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Kenya, Afrika Selatan, Rusia, Switzerland, Hungary, New Zealand, Fiji, Cuba dan Argentina.

Pada Disember, kerajaan China mula melonggarkan secara berperingkat dasar “toleransi sifar” terhadap pandemik. Pada 8 Januari, ujian saringan PCR dan pengasingan berpusat untuk mereka yang tiba di China telah dibatalkan.

Menurut pihak berkuasa negara itu mereka juga berhasrat untuk menyambung semula penyediaan perkhidmatan bagi pengeluaran visa biasa, permit masuk dan tinggal sementara dan permit masuk dan tinggal bagi warga asing termasuk pelaksanaan langkah transit tanpa visa dalam tempoh 24, 72 dan 144 jam serta pengeluaran permit masuk sementara.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )