AGM USNO untuk pilih kepimpinan baharu 28 Feb depan

AGM USNO untuk pilih kepimpinan baharu 28 Feb depan

KOTA KINABALU,. Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk memilih kepimpinan baharu parti pada 28 Febuari depan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan USNO Pusat Datuk Nani Sakam berkata semua bahagian yang terlibat diminta untuk sama-sama terlibat dalam proses pemilihan berkenaan.

“Tempat AGM berkenaan belum lagi kita putuskan dan akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Turut hadir Presiden USNO Ibrahim Linggam.

Beliau berkata semua ahli parti dialu-alukan bertanding dalam pemilihan berkenaan dengan mengikut syarat yang ditetapkan seperti telah menjadi ahli USNO selama lebih dua tahun dan bebas daripada ketakmampuan bayar daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Borang pencalonan bagi jawatan di peringkat bahagian boleh diambil di Pejabat Pusat USNO di Kota Kinabalu bermula hari ini dan tarih akhir penghantaran borang pencalonan ialah 14 Januari ini.

“Manakala borang untuk pemilihan jawatan di peringkat pusat boleh diambil bermula 22 Januari ini dan tarikh penghantaran pada 22 Febuari depan,” katanya.

USNO ditubuhkan pada tahun 1967, sebelum dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada tahun 1996. Namun parti didaftarkan semula pada 2013.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This