AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke Shanghai dengan empat penerbangan mingguan

KUCHING,. AirAsia X (AAX) telah menyambung semula perkhidmatannya ke Shanghai, China dengan empat penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur bermula Khamis.

Penerbangan sulung pascapandemik dari Kuala Lumpur berlepas dengan muatan penumpang yang menggalakkan.

“Manakala penerbangan pertama dari Shanghai pada awal hari ini (Jumaat) mencatatkan muatan seramai 373 orang tetamu, iaitu hampir 100 peratus.

“Ini menunjukkan permintaan perjalanan ke luar negara yang ketara daripada pasaran China,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan permintaan yang menggalakkan dan pelonggaran sekatan kemasukan ke China, AAX merancang untuk meningkatkan kapasiti dan kekerapan perkhidmatan ke Shanghai kepada 11 penerbangan mingguan menjelang suku kedua pada tahun ini, sama seperti kekerapan prapandemiknya.

Menurutnya, penerbangan pertama AAX ke Shanghai adalah sedekad yang lalu dan hari ini, kembali meraikan penyambungan semula itu yang merupakan destinasi popular dari segi sejarah perkhidmatannya.

“Kami juga telah memulakan perkhidmatan penerbangan mingguan ke Hangzhou yang mencatatkan muatan sebanyak 97 peratus ke Kuala Lumpur.

“China adalah salah satu daripada ekonomi utama dunia dan pembukaan semula penerbangan ke China adalah tanda positif bagi AAX dan industri pelancongan secara amnya,” katanya.

Memandangkan China baru sahaja mula dibuka semula, proses pemulihan perkhidmatan penerbangan masih dalam tahap permulaan, jelasnya.

“Bagaimanapun, kami tetap optimis bahawa permintaan perjalanan ke China akan kembali pulih ke tahap prapandemik dalam masa terdekat.

“Apa yang paling penting, kami melihat permintaan yang tinggi daripada pelancong China yang akan meningkatkan pemulihan kami dan memacu industri pelancongan tempatan di kedua-dua destinasi.

“Kami berharap untuk memulakan semula lebih banyak penerbangan ke/dari China dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This