Alibaba beli perniagaan e-dagang mewah bernilai AS$2 bilion

Alibaba beli perniagaan e-dagang mewah bernilai AS$2 bilion

SHANGHAI,. Alibaba Group Holding Ltd akan membeli perniagaan e-dagang Kaola daripada syarikat perjudian China, NetEase Inc membabitkan pertimbangan tunai AS$2 bilion (RM8.37 bilion), sekali gus menambah platform yang mengkhusus dalam pembekalan barangan mewah luar negara kepada pengguna China.

Janji niaga yang lama diperkatakan sebelum ini itu muncul ketika mana peserta e-dagang China termasuk Alibaba dan JD.com Inc meninjau segmen khusus bagi pertumbuhan, dengan industri membeli-belah dalam talian di negara itu memperlahan selari pertumbuhan ekonomi.

Sementara Tmall milik Alibaba membolehkan jenama luar negara melancar dan menguruskan kedai maya di platformnya, Kaola menawarkan koleksi yang lebih mengkhusus kepada pelanggan kaya, terutamanya pembelian secara langsung daripada pembekal untuk dijual semula kepada pengguna.

Pengguna China menyumbang lebih satu pertiga daripada pendapatan sektor barangan mewah di seluruh dunia.

“Dengan Kaola, kami akan terus meningkatkan perkhidmatan import dan pengalaman untuk pengguna China melalui sinergi di seluruh ekosistem Alibaba,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang.

Alibaba, bersama firma ekuiti swasta Yunfeng, yang disokong pengasasnya yang juga adalah gergasi teknologi Jack Ma, berkata ia akan melabur secara berasingan kira-kira AS$700 juta (RM2.9 bilion) dalam perkhidmatan penstriman muzik Netease, NetEase Cloud Music.

Kaola, yang dilancarkan NetEase pada 2015, secara agresif mensasar pembeli di China, dengan menawarkan produk daripada jenama seperti Gucci, Shisheido dan Burberry. – Reuters

CATEGORIES
TAGS
Share This