Amaran cuaca bahaya, hujan lebat berterusan Di Terengganu – Metmalaysia

Amaran cuaca bahaya, hujan lebat berterusan Di Terengganu – Metmalaysia

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Terengganu berkuat kuasa mulai tengah malam semalam hingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata selain itu amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang.

“Keadaan hujan lebat di negeri pantai timur semakin berterusan. Amaran cuaca bahaya (merah) dikeluarkan untuk kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Amaran cuaca buruk (jingga) dikeluarkan untuk kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh (Kelantan); Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu amaran cuaca waspada pula melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran dan Bera di Pahang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This