Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah sehingga esok

Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah sehingga esok

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah hari ini dan esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu keadaan itu diramal melanda kawasan Pantai Barat Sandakan iaitu Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat.

“Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Isnin, 19 Okt hingga 20 Okt,” demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This