Amaran hujan lebat di Sabah sehingga 2 Nov

Amaran hujan lebat di Sabah sehingga 2 Nov

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, sehingga Isnin (2 Nov).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu diramal melanda kawasan pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Labuan.

“Hujan lebat dijangka berlaku di Sabah iaitu di pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat serta Labuan sehingga Isnin, 2 Nov,” menurut kenyataan itu, hari ini,

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia hari ini mengeluarkan notis nasihat Taufan Goni yang berada di kedudukan kiira-kira 668 kilometer (km) ke Tenggara Luzon, Filipina.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan Taufan Goni itu sedang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 25 km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 213 km/j.

Kenyataan itu turut menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,368 km ke Timur Laut Sandakan, Malaysia, namun tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. .

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This