Amitabh Bachchan, anaknya Abishek positif COVID-19

Amitabh Bachchan, anaknya Abishek positif COVID-19

NEW DELHI,. Bintang tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Amitabh menerusi satu muat naik di akaun twitternya.

Menurut aktor itu, dia kini ditempatkan di wad sebuah hospital.

Selang 44 minit kemudian, anaknya Abhishek, 44, memaklumkan menerusi Twitter bahawa dia turut dijangkiti virus berbahaya itu.

“Kami berdua mengalami simptom ringan dan dimasukkan ke hospital.

Katanya lagi, pihak berkaitan sudah dimaklumkan mengenai perkembangan ini dan menurut Bachchan, keluarga rapat turut diminta menjalani saringan.

“Kami telah hubungi semua pihak berkaitan dan ahli keluarga serta staf agar menjalani saringan.”

Difahamkan mereka berdua kini dirawat di Hospital Nanavati di Mumbai, India.

Amitabh Bachchan antara individu berprofil tinggi yang lantang bersuara mengenai kempen memerangi COVID-19.

–AWANI

CATEGORIES
TAGS
Share This