Anak syarikat Parkson meterai perjanjian sewa hartanah di Wuzhou City

Anak syarikat Parkson meterai perjanjian sewa hartanah di Wuzhou City

KUALA LUMPUR,. Anak syarikat 54.97 peratus milik Parkson Holdings Bhd (Parkson), Parkson Retail Group Limited (PRGL) yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong memeterai perjanjian penyewaan selama 20 tahun bernilai RM51.91 juta dengan Wuzhou Sankee Investment Co Ltd.

Perjanjian itu ditandatangani menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsung PRGL, Nanning Brilliant Parkson Commercial.

Parkson menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perjanjian itu berkaitan penyewaan tingkat satu hingga empat Sunshine 100 Sankee City, Wuzhou City, China.

Berdasarkan lampiran yang disertakan Parkson dalam kenyataan tersebut , aktiviti utama PGRL adalah operasi dan pengurusan rangkaian gedung serbaneka di China.

Menurut PGRL juga penyewaan hartanah itu berperanan penting dalam pengembangan perniagaan PGRL di Wuzhou City dan seiring dengan strategi pembangunannya di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, kata Parkson.

Parkson berkata perjanjian itu tidak memberi kesan material ke atas keuntungan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2020 serta aset bersih berdasarkan pernyataan kedudukan kewangan Parkson yang disatukan dan telah diaudit setakat 30 Jun, 2019.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This