Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 657,000

Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 657,000

GENEVA,. Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Jumlah kumulatif korban akibat pandemik itu kini lebih 657,000 kes.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah korban tertinggi dengan lebih 149,000 kematian.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 87,000 kematian.

United Kingdom dan Brazil masing-masing merekodkan 45,000 dan 44,000 kematian.

Sementara itu Itali, India, dan Perancis pula merekodkan angka korban COVID-19 melebihi 30,000 kes, manakala Sepanyol pula mencatatkan lebih 28,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.

CATEGORIES
TAGS
Share This